Saturday, February 19, 2011

Nasib Melayu di bumi Melayu

sungguh menarik tajuk buku terbaru karangan Dr Ridhuan Tee Abdullah. Saya tak baca lagi buku ni tapi yang pastinya buku ini mengulas sikap orang Melayu sendiri. Saya agak bersetuju dengan pendapat Dr Ridhuan Tee yang menyatakan bahawa orang Melayu ada sikap yang agak pelik. Sebagai contoh saya berniaga di Uptown Alam Jaya Kuala Selangor. Setakat hari ini usia Uptown baru menghampiri 4 bulan (mula 1hb Oktober 2010).Sepatutnya tempat itu boleh maju tetapi sikap pelik penganjur yang tamak, bodoh sombong menjadikan keadaan sebaliknya. Ini ditambah dengan sikap org Melayu jugak yang suka mengambil kesempatan lebih menghuru-harakan keadaan. Para peniaga pula tidak bersatu hati sepatutnya bila penganjur dah tak boleh pakai, para peniaga bersatu untuk mempertahankan sementelah pihak MDKS secara sukarela akan turun membantu. MDKS akan buka kaunter untuk memudahkan para peniaga membuat lesen perniagaan pada 25hb Februari dr jam 8.30 mlm hingga 10.00 malam.
Disini saya menyeru para peniaga bersatulah kita boleh menuju kepada yang lebih baik klu kita bersatu. (ntah baca ntah tidak, hanya luahan suara hati). Kita mesti berjuang bersama-sama di tempat kita sendiri di tanah air kita sendiri. Hayatilah lagu Anak Kecil Main Api. renung-renungkan.