Saturday, February 19, 2011
Nasib Melayu di bumi Melayu
Monday, January 17, 2011
Sunday, January 16, 2011
my small bisness
Friday, April 2, 2010
Pengurusan Strategik dalam Islam
Islam ialah agama yang menyediakan satu sistem hidup ( way of life ) yang lengkap dan sempurna. Kesempurnaan Islam itu dimanifestasikan melalui peribadi Nabi Muhammad S.A.W yang unggul sebagai contoh dan ikutan umat manusia. Sistem dalam Islam merangkumi semua bidang kehidupan seperti pendidikan, kebudayaan, sosioekonomi, perundangan, perniagaan, pentadbiran dan pengurusan.
Pengurusan dalam Islam bukan perkara baru. Ilmu pengurusan Islam mula berkembang sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, 2002) Firman Allah yang bermaksud;
Wahai ( Muhammad) pesuruh Ku, sampaikan apa yang telah diturunkan kepada mu dari Tuhanmu dan jika tidak engkau lakukan maka bermakna engkau tidak menyampaikannya (tidak tersebarlah perutusan Nya)
Al-Maidah : 67
Manakala pengurusan strategik dalam Islam juga telah diamalkan seawal pimpinan Rasulullah lagi. Sebaik-baik sahaja Islam muncul dan rasulullah mula menjalankan tugas menyebarkan Islam, baginda telah mengutuskan beberapa petugasnya untuk menyampaikan agama Islam kepada orang-orang Arab yang lain (Ahmad Ibrahim Abu Sin 2002). Ini menunjukkan telah berlaku delegasi kuasa yang juga wujud dalam pengurusan strategik konvensional.
Pengurusan strategik dalam Islam menjadi lebih jelas dengan firman Allah yang bermaksud;
“ Dan bersiaplah kamu dengan segala kekuatan dan dari angkatan tentera berkuda untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu mampu menggentarkan musuh-musuh Allah, musuh-musuh kamu dan musuh-musuh lain yang kamu tidak mengetahuinya (musuh dalam selimut) ; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan sekali-kali kamu tidak akan dianiayai.”
(maksud surah al-Anfal:60)
Berdasarkan dalil ini jelas menunjukkan Islam mengamalkan pengurusan strategik sejak dahulu lagi. Ia juga menunjukkan bahawa Pengurusan strategik memerlukan kita untuk membuat perencanaan bagi menentukan matlamat (terutama, jangka panjang), menggariskan kaedah-kaedah dan tindakan-tindakan untuk mencapai matlamat tersebut. Strategi diperlukan sebagai penggabungan dan penyepaduan pelbagai sumber yang dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya dan kelengkapan moden (angkatan tentera berkuda adalah kelengkapan peperangan yang paling canggih pada ketika itu). Perencanaan ini juga disebut sebagai jambatan antara masa kini dengan masa depan. Ayat ini diakhiri dengan balasan yang setimpal bagi yang mengamalkan perancangan strategik dalam pengurusannya.
petua anak Soleh & Solehah
Ini ada satu petua dari ibu saya
1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba......
bestkan jadi seorang ibu....


